Welcome to Happy Alliance (M) Sdn. Bhd.
Happy Alliance (M) Sdn. Bhd., one of the leading manufacturers of Nata De Coco, jelly, pudding and konjac jelly with its Headquarter in Malaysia. Celebrating almost 30 years in business, the company is unrivalled in experience developing Nata and confectionery food across the nation.

World's most
UNIQUE and EXCITING
Nata De Coco and Konjac Jelly Company
If you’ve got a sweet tooth, then this is heaven for you!
We’ve got a wide selection of premium Nata De Coco, jelly, jelly drink, konjac jelly, fruit drink and pudding that are well loved by people around the world.

The World of
Happy Alliance (M) Sdn. Bhd.

Captain Dolphin Malaysia
The official account of Captain Dolphin Malaysia🐬 #productmalaysia 💯Nata de Coco Specialist 🌟Brand ambassador: @errafazira 🔗Online purchasing link:

Captain Dolphin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! 🌙. Hari Raya Haji mengajar kita erti pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada semua. 💛
7 days ago

DIRGAHAYU TUANKU 🙏🏻✨
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Baduka Baginda Tuanku.
Sembah takzim daripada Happy Alliance (M) Sdn. Bhd.
2 weeks ago










It’s happening now!
Meet us at THAIFEX – Anuga Asia 2025 🌟
Discover our exciting range of products, from chewy crystal bubble to splashing magic balls and more!
📍 Hall 2, Booth DD15
📅 27–31 May 2025
📌 IMPACT Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand
Come say Hi, we can’t wait to see you! 🇹🇭✨
2 weeks ago




















PROGRAM RAYA SILANG BUDAYA
'Raya Dirai Budaya Dikongsi'
SK Tanjung Sepat telah menganjurkan Program Raya Silang Budaya yang melibatkan penyertaan daripada Sekolah-Sekolah Gemilang 7 serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di sekitar daerah ini.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan penuh warna-warni ini diadakan sebagai usaha memperkukuhkan perpaduan dan kefahaman antara murid yang berbilang bangsa.
Acara ini diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada murid-murid yang terlibat dengan mempamerkan keunikan warisan budaya masing-masing yang mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Kesemua sekolah yang terlibat telah menerima cenderamata tajaan Captain Dolphin yang disampaikan oleh Mr. Johnny Tan selaku pengarah urusan dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Guru Besar SK Tanjung Sepat iaitu Pn. Maznah Zaini.
Juadah hari raya dengan pelbagai makanan tradisi raya turut disediakan sebagai pelengkap majlis.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ukhuwah dan keharmonian ini terus mekar dalam kalangan murid-murid sekolah.
2 months ago



















Captain Dolphin berpeluang terlibat dalam program Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa 2025 yang diadakan di SK Bukit Cheeding, Banting.
Y.B. Tuan Papparaidu A/L Veraman selaku EXCO Hal Ehwal Orang Asli & Minoriti bersama-sama Mr. Johnny Tan selaku Pengarah Urusan Happy Alliance berkesempatan menghadiri program tersebut. Program yang dilaksanakan dengan penuh meriah itu telah dihadiri lebih 200 orang kanak-kanak orang asli.
Terima kasih kepada kepada Jawatankuasa Kelab Belia Setiakawan Jalan Sultan (KBSJS) atas jemputan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
2 months ago




















Majlis Berbuka Puasa Bersama Erra Fans Club
Pada Sabtu lepas, Erra Fazira dan kelab peminatnya telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di KUEH, Setia Alam.
Captain Dolphin turut sama memeriahkan majlis yang dianjurkan dengan menyediakan 'goodies bag' kepada tetamu yang hadir.
Antara acara yang dijalankan ialah cabutan bertuah, pertukaran hadiah, sambutan hari lahir dan semestinya sesi bergambar. Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali atas kerjasama semua pihak yang menjayakan!
3 months ago
Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat
Pada Jumaat lepas, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat di Masjid Al-Ehsan Kampung Tumbuk Darat, Tanjong Sepat.
Happy Alliance amat berbesar hati berpeluang terlibat di dalam majlis yang dianjurkan.
Antara program yang dijalankan ialah majlis berbuka puasa bersama DYMM Sultan Selangor, pemberian sumbangan dan juga solat tarawih.
Pemberian sumbangan telah diagihkan kepada sekitar 500 penerima yang terdiri daripada kalangan anak yatim, asnaf, fakir miskin dan mualaf.
3 months ago